kembara cinta
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah bertemu lagi buat kali ke dua
Kali ni Shaheen nak bercerita mengenai kembara cinta.
Definisi cinta ni luas kan?
Bukan setakat untuk manusia tapi juga untuk semua makhluk. Teringat satu novel yang memberi gambaran keindahan dan cabaran serta pengorbanan dalam cinta.
Novel tersebut telahpun diadaptasi menjadi filem.
Kisah dalam novel tersebut ialah tentang persahabatan antara seorang lelaki dan perempuan yang berlainan agama. Ya, mungkin Shaheen beranggapan mereka bersahabat baik. Tapi anggapan itu meleset sama sekali. Manakan ada lelaki dan perempuan boleh bersahabat baik tanpa ada salah seorang dari mereka menyimpan rasa sayang dan kasih yang mendalam walaupun mereka sendiri tahu perbezaan agama yang mereka anuti, dan ini telah dibuktikan melalui kisah didalam novel ini.
Watak utama yang diberi nama Fahri. Seorang lelaki islam yang kuat agamanya dan taat pada perintah Tuhannya. Penuntut dari Indonesia yang belajar di Mesir. Bersahabat dengan seorang wanita yang bernama Maria. Pasti anda sudah dapat meneka novel apa yang Shaheen maksudkan atau mungkin ada yang masih belum dapat bayangkan kisah apa kah itu. Novel tersebut ialah novel 'Ayat-ayat Cinta'. Dan novel ini telah difilemkan pada tahun 2008.
Kemuncak cerita ini apabila Fahri telahpun bekahwin dengan seorang wanita bernama Aisha. Dan berlakunya satu kejadian yang tidak disangka iaitu Fahri telah difitnah merogol seorang gadis sehingga gadis tersebut hamil.
Aisha yang terus mencari bukti kebenaran yang dapat membantu membebaskan Fahri sehingga Aisha berjumpa dengan Maria, yang mana satu-satunya saksi yang dapat membebaskan Fahri. Tetapi Maria sakit terlantar tidak sedarkan diri, sehingga Fahri terpaksa berkahwin dengan Maria agar Maria cepat sembuh.
Setelah terbukti bahawa Fahri tidak bersalah, kehidupan bermadu yang mencabar telah melemahkan Aisha. Namun, pengakhirannya apabila Maria sakit tenat dan meninggal dunia ketika mereka bertiga solat berjemaah.
Pengakhiran yang amat menyayat hati sekali. untuk semua yang ingin mengetahui kisah ini lebih lanjut, jangan lupa untuk baca novel tersebut ataupun anda bolehlah menonton filem tersebut.
sampai disini dulu, sekian.
Assalamualaikum, terima kasih :)

Comments
Post a Comment