pengenalan :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Okay.. untuk pertama kalinya menulis blog saya nak kenalkan diri dulu ye.

Nama diberi Nor Bariyah Mohd Nor, seorang penuntut di salah satu UA kat Malaysia ni.

Saya bahasakan diri sebagai Shaheen ye.
Shaheen ni cantik maksudnya. Orang kata nama ni doa kan. Semoga doa saya dalam nama tu termakbul untuk diri sendiri. Aamin. hee

Shaheen doakan semoga kita semua akan dapat apa yang kita impikan. Bukan sahaja didunia yang sementara ni, juga diakhirat nanti.

Shaheen jugak nak pesan untuk semua pembaca, berbuat baiklah kepada kedua orang tua kita. Bila mereka dah tak ada sedekahkan sebanyak-banyak suroh untuk mereka. Tapi selagi mereka ada, BERBAKTILAH

Apabila mereka atau salah satu dari mereka dah tak ada. Hilang lah satu lubuk pahala kita. Tak kira la dah berumahtangga atau belum.

Shaheen dah rase kehilangan Ayah tercinta. Al fatihah

Pagi dia nak pergi tinggal kan kami semua.
semua orang tak ada kat rumah kecuali ibu Shaheen dan dua orang anak buah Shaheen yang masih tak mengerti apa-apa.

Ayah sakit lama. Strok kali ke-3. 3 tahun.

Seminggu sebelum dia pergi semua anak balik kampung, jenguk dia sebab dah teruk, tapi sehari sebelum dia pergi semua anak-anak dah pulang ke rantauan sebab Ayah dah nampak sihat. Nak makan. Nak becakap walaupun memang Ayah dah tak boleh kata apa-apa dah. Ketentuan Allah. Kami redha.

Shaheen pula masa tu ada kat sekolah.
Pagi lepas Subuh seorang lagi abang shaheen nak berangkat. Lepas mereka berangkat, Shaheen bersiap untuk ke sekolah.

Tapi pagi tu Ayah buang air besar. Shaheen dengan ibu bersihkan Ayah dulu. kemuadian terus ke sekolah.

Saat hitam tu berlaku bila bermula kelas ke-2. Nama dipanggil dari pejabat sekolah.
Guru kelas bergegas datang ajak shaheen balik.

Cikgu tak bagitahu apa-apa. Dada berombak Allahu. Kenapa sebenarnya. Semua benda terbayang. Muka ibu muka ayah.

Sampai dirumah.

Rupa-rupanya,

Ayah DAH TAK ADA.

YA ALLAH

UJIAN TU BERAT ALLAH SAJA YANG TAHU.

Shaheen cuba buka mata Ayah dengan harapan hal yang paling ditakuti tak akan berlaku.

tapi rupanya Shaheen silap. Allah dah tarik segala kesakitan yang Ayah tanggung. Allah minta Ayah berehat dengan tenang. Semoga Ayah berada dalam kalangan orang beriman, dilapangkan kawasan dan diampun kan segala dosa.
Aamin.

Sampai disini dulu cerita kali ni.
InsyaAllah ada jodoh kita jumpa lagi.

Ingatlah, kita ada satu ibu dan satu ayah sahaja.
Bila mereka dah tak ada. Takkan ada ganti yang lain. sekian

Assalamualaikum dan terima kasih.

Comments

Popular Posts