petua

assalamualaikum

tak sabar nak kongsi petua ni.

mesti semua orang akan suka. apa tidaknya petua ni ialah untuk hilangkan sakit gigi.

memang semua orang tak suka bila sakit gigi kan ?

kalau sakit gigi tu kalau boleh nak cabut je semua gigi yang ada.

baiklah, ni ada beberapa petua ya.


1) Sediakan segelas air suam dan campurkan sedikit cuka. Kemudian berkumur dengan air tersebut dan amalkan 3 kali sehari.
2) Ambil kapur sirih dan kunyah pada gigi yang sakit hingga jadi lumat. Korang kena amalkan cara ini hingga hilang rasa sakit gigi
3) Cara seterusnya makan je buah belimbing dan juga sedikit garam
4) Tumbuk bunga cengkih dan letak pada gigi berlubang, ataupun  gigit  3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit.
5)kalau gigi berlubang nak guna getah pada tampuk buah betik muda pun boleh atau kaedah lain, korang ambil putik kapas dan sapu pada gigi yang sakit.
6) Ambil  seulas bawang putih dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, masukkan sedikit cuka. Dah siap campur bawang putih dengan cuka, letak pada gigi geraham yang berlubang.
7) Kaedah seterusnya, sapu sahaja getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
baiklah, nanti awak-awak boleh cuba ye petua-petua ni semua.
yang penting jangan lupa bismillah ye. :)
sampai disini dulu, sekian terima kasih.
semoga bertemu dilain masa.

Comments

Popular Posts