warna kehidupan

assalamualaikum

hai. kali ini shaheen akan berkongsi tentang kehidupan yang berdasarkan kisah benar.

apalah erti kehidupan bila ianya hambar dan tiada warna. tak kira la warta apa sekalipun yang tercorak dalam hari-hari yang berlalu.

ialah.. hidup ini umpama pantai. pantai mana yang tiada ombak. kecil atau besar ombak yang mendatang. pantai sedia menerima dengan tabah.

begitu juga kehidupan. cerah atau gelap warna kehidupan seharian kita tidak sesekali akan menjejaskan apa yang kita usahakan,malah warna-warna berona gelap itulah yang menjadi pengalaman yang mana akan menjadi guru terbaik dalam hidup kita.

pengalaman merupakan guru yang lain daripada yang lain. guru yang kita sendiri menciptanya dan kita sendiri yang belajar dengannya. unik kan?

jadi, jangan sekalipun menyesali dengan apa yang terjadi hari ini meskipun ianya hari paling buruk dalam hidup kita. kerana ianya akan jadi sesuatu yang amat bermakna bila kita memerlukan.

dan akhir kata, ciptalah sebanyak mungkin warna-warni dalan kehidupan sekarang. belum terlambat untuk menceritakannya pada generasi akan datang.

tanpa yang dulu, maka tiadalah yang sekarang.

sekian. terima kasih.

assalamualaikum ;)

Comments

Popular Posts