sahabat

assalamualaikum semua. salam sejahtera.

persahabatan.
apa sebenarnya maksud bersahabatan?

adakah sekadar berguna ketika memerlukan? atau ketika mendapat susah.

kalau dapat sahabat yang baik. boleh membantu anda dalam apa jua hal dan masalah. anda beruntung. kerana tak semua akan ada bila kita memerlukan bantuan dan pertolongan mereka.

kebanyakan kawan zaman ini hanya mementingkan apa yang mendapat manfaat bagi mereka sahaja. walaupun masa mereka susah payah dan memerlukan kawan, kita ada bersama membantunya. belum tentu mereka akan ada ketika kita meminta bantuan dan memerlukan.

jangan risau, tuhan itu ada. hanya percaya pada takdir. tuhan hadirkan mereka mungkin untuk mengajar kita tentang kehidupan. yang pasti jangan terlalu mudah untuk mengorbankan masa dan tenaga kita demi mereka yang memang tidak tahu untuk berterima kasih.

berhati-hati dan sentiasa berwaspada.

mungkin mereka baik diluar untuk memancing kebaikan anda. bukan untuk benar-benar membuat kebajikan.

apa-apa pun jadi lah seperti pokok epal. walaupun manusia membaling batu. tetapi ia tetap membalas dengan buah yang masak ranum.

dan akhir kata, jangan sesekali berbuat apa yang buruk terhadap sesiapa sahaja. tak kira lah mereka baik atau tidak dengan kita.

terima kasih kerana meluangkan masa dengan catatan ringkas ini.

sekian.

assalamualaikum :)

Comments

Popular Posts