resepi

assalamualaikum dan salam sejahtera semua

apa khabar? harap-harap sihat la ye.

sebab kebelakangan ni hujan panas tak menentu dekat tempat shaheen ni.

tekak pun rasa tak selasa kebelakangan ni.

kalau dah tak berapa sihat tu kan. selera pun mula lah hilang.

jadi teringat pula resepi roti puri cicah sambal bilis kaw! perghh. memang teliur la.

ni resepi roti puri ye.

3 cawan gandum.
1/2 sudu yis
sedikit gula
sedikit garam
air suam

senang kan? campur sahaja semua bahan-bahan. air suam agak-agak jangan terlalu lembik. agak-agak dan keras sikit boleh lah bentuk-bentuk bulat sebesar bola pingpong.

kemudian leperkan doh dan goreng dalam minyak betul-betul panas. jangan lupa tuang minyak diatas kuih tadi supaya dia menggelembung. kalau dah gelembung dan perang, boleh lah angkat.

dan boleh la cicah dengan sambal bilis ke kuah gulai ke.

asal sedap kat tekak je ye .

selamat mencuba :)

Comments

Popular Posts