syaaban
assalamualaikum dan salam sejahtera.
hai,
hai,
memandangkan syaaban ialah bulan yang mana bagi umat islam ialah bulan yang sebelumnya bulan rejab dan yang akan datang selepasnya bulan ramadhan, oleh itu bulan syaaban juga salah satu bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam didunia.
bukan sahaja dinantikan, ianya satu bulan yang istimewa. di dalamnya ada nisfu syaaban.
bulan syaaban, keagungannya dengan malam nisfu syaban,yang mana seperti hebatnya rejab dengan israk mikrajnya, dan keagungan ramadhan dengan malam lailatul qadarnya.maka pada malam nisfu syaaban telah datang jibril kepada Rasul s.a.w. lalu katanya yang bermaksud :angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan Allah, kecuali tukang nujum, kekal didalam zina, kekal minum arak, derhaka kepada kedua ibubapanya.
sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala dosa dan pada bulan ramadhan pula adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
itulah antara beberapa perkara yang dapat dikongsikan kali ini.
semoga bermanfaat. :)
sekian terima kasih
Comments
Post a Comment