ramadhan

assalamualaikum dan salam sejahtera.

selamat menjalani ibadah puasa bagi umat Islam.

post kali ni kita nak bercerita tentang bulan mulia bagi umat Islam, iaitu bulan Ramadhan.

keistimewaan dalam bulan ramadhan lebih banyak daripada keistimewaan bulan-bulan lain. bagi umat Islam, pelbagai ibadah dilakukan dalam bulan ini untuk mengejar pahala dan ketenangan.

didalam bulan ini banyak perkara-perkara sunat boleh dilakukan seperti solat sunat teraweh selepas isyak dan memperbanyakkan bacaan Al Quran. dalam bulan ini juga adanya malam Lailatul Qadar yang mana siapa yang beribadah dimalam itu seumpama beribadah dalam 1000 bulan.

betapa besar ganjaran yang bakal diperoleh. ini semua bukan calang-calang orang yang akan terima. tetapi mereka yang benar-benar berusaha dalam mengerjakan ibadah untuk keredaan Allah. tuhan yang Maha Esa.

solat sunat teraweh setiap malam juga ada ganjaran yang tersendiri. bukan sahaja boleh berjemaah dimasjid atau surau. tetapi juga boleh melalukan solat sunat ini dirumah. tidak ada ketetapan untuk berapa orang minimum seperti solat sunat jumaat. ianya lebih senang dan mudah.

harapnya perkongsian ini dapat memberi sedikit pengetahuan.

sampai disini dulu perkongsian hari ini. sekian terima kasih.

assalamualaikum :)

Comments

Popular Posts